Formula 1 Bakal Hadir Dengan Kejohanan E-Sukan – Kerjasama Bersama Codemasters Dan Gfinity

Formula 1 Bakal Hadir Dengan Kejohanan E-Sukan – Kerjasama Bersama Codemasters Dan Gfinity

Diterbitkan pada Ogos 21, 2017 oleh .

Nampaknya senarai judul e-sukan bakal bertambah lagi, kerana Formula 1 baru sahaja mengumumkan bahawa mereka akan mengadakan acara e-sukan Formula 1, dengan kerjasama bersama-sama dengan studio pembuat permainan video Codemasters dan juga syarikat pengendali e-sukan Gfinity.

Musim pertama pertandingan e-sukan Formula 1 ini akan bermula serentak bersama-sama dengan tarikh keluar permainan komputer Formula 1 2017 oleh Codemasters dan akan berterusan selama sebulan untuk menentukan 40 pesaing terlaju di seluruh dunia.

40 pesaing tersebut kemudiannya akan dijemput untuk bersaing di Gfinity Arena di London pada bulan Oktober, dan 20 pesaing terpantas di saringan separuh akhir tersebut akan bertanding di Abu Dhabi Grand Prix, dimana pusingan terakhir kalendar Formula 1 akan berlangsung.

Juara pertandingan ini bukan sahaja akan memenangi hadiah tunai, tetapi akan memasuki pusingan separuh akhir secara automatik di acara tahun hadapan, dan juga akan dimasukkan sebagai sebuah watak di dalam permainan komputer Formula 1 2018.


TIPS & ULASAN