Lenovo Memperkenalkan Tiga Komputer Desktop Memfokuskan Permainan Video Dan Sokongan Realiti-Maya

Lenovo Memperkenalkan Tiga Komputer Desktop Memfokuskan Permainan Video Dan Sokongan Realiti-Maya

Diterbitkan pada Ogos 22, 2017 oleh .

Minggu ini berlangsungnya acara Gamescom 2017, yang mana memperlihatkan sejumlah pengumuman mengenai permainan video yang akan datang tidak lama lagi. Mengambil peluang pada acara sama adalah Lenovo, dimana mereka kini memperkenalkan tiga komputer desktop baru atau apa yang dipanggil mereka sebagai Gaming Tower.

Lenovo Legion Y920 Tower

Menjadi fokus utama antara ketiga-tiga ini adalah Lenovo Legion Y920. Legion Y920 ini hadir menggunakan cip Intel Core i7-7700K, dilengkapi kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1080, memori 32GB 2800MHz Corsair Vengence LPS DDR4, dan sokongan penyejukan cecair Asetek terbina. Melengkapkan komputer ini juga adalah storan gabungan 512GB SSD dengan 4TB HDD.

Lenovo Legion Y720 Tower

Untuk dengan bajet sedikit rendah, Lenovo menawarkan Lenovo Legion Y720. Komputer ini menggunakan cip pemprosesan yang sama dengan Legion Y920, kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1070, memori 16GB Intel Optane, serta dilengkapi storan 256GB SSD dan 2TB HDD.

Lenovo Legion Y520 Tower

Dan akhir sekali adalah Lenovo Legion Y520. Ia turut menggunakan cip pemprosesan serupa, kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1060, memori sehingga 16GB DDR4, dan ruangan storan gabungan 256GB SSD dan 2TB HDD.

Ketiga-tiga komputer ini akan ditawarkan bermula bulan September kelak secara berperingkat. Semua komputer ini menggunakan sistem operasi Windows 10, dan hadir dengan sokongan realiti-maya secara terbina.

Buat masa ini, pihak Lenovo Malaysia masih belum mengumumkan pelancaran dan kehadiran komputer ini untuk pasaran tempatan lagi.


TIPS & ULASAN