(Ura-Ura) Google Mungkin Hadir Dengan Fon Kepala Dikuasakan Google Assistant

(Ura-Ura) Google Mungkin Hadir Dengan Fon Kepala Dikuasakan Google Assistant

Diterbitkan pada Ogos 22, 2017 oleh .

Google sedia mengintegrasikan Google Assistant pada telefon pintar, Android Wear, Google Allo, dan juga pada Google Home. Kini, desas-desus baru hadir ke arena web mengatakan Google mungkin hadir dengan sebuah fon kepala yang dikuasakan oleh Google Assistant.

Laporan baru ini hadir hasil penemuan kod dengan nama panggilan “Bistro” pada aplikasi Google terbaru yang memberikan petanda kepada sebuah fon kepala yang dikuasakan oleh Google Assistant.

Sekiranya ia berfungsi seperti beberapa gajet dengan penawaran yang lebih kurang sama, ia akan kelak membolehkan para pengguna untuk memakainya dan menyebut atau bertanyakan sebarang perkara kepada Google Assistant dan menerima jawapan serta-merta.

Google sendiri pada tahun lepas telah memperkenalkan sejumlah perkakasan dibawah bahagian bawah, dan tidak mustahil untuk melihat mereka turut memfokuskan kepada arena fon kepala dengan pembantu maya pintar ini.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan info lanjut berkenaan dengan “Bistro” ini.


TIPS & ULASAN