HP Omen X Laptop Diperkenalkan Dengan Spesifikasi Tinggi Dan Sokongan Lewahjam
HP

HP Omen X Laptop Diperkenalkan Dengan Spesifikasi Tinggi Dan Sokongan Lewahjam

Diterbitkan pada Ogos 22, 2017 oleh .

Bersempena dengan acara Gamescom yang sedang berlangsung minggu ini, sejumlah pengeluar komputer turut memperkenalkan penawaran mereka kepada peminat permainan video. Selepas Lenovo dan Acer, hari ini HP turut memperkenalkan penawaran terbaru mereka, iaitu sebuah komputer riba berkuasa tinggi, HP Omen X Laptop.

HP Omen X Laptop

HP Omen X Laptop hadir dengan skrin 17-inci dengan sokongan paparan 4K, dan kadar segar semula 1080p, dilengkapi kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1080, sokongan memori sehingga 32GB, dan ruangan storan sehingga 2TB.

Menariknya mengenai komputer riba ini adalah akses kepada slot yang memudahkan anda menaik-taraf atau menggantikan RAM, storan dan beberapa perkara lain. Disamping itu, ia turut hadir dengan sokongan pengudaraan dan penyejukkan baik untuk memudahkan anda membuat lewahjam (overclocking) pada komputer riba ini.

HP Omen X Laptop

Melengkapkan HP Omen X Laptop adalah papan kekunci mekanikal RGB, sokongan DTS Headphone untuk audio, integrasi penyambung Thunderbolt 3, dan juga speaker Bang & Olufsen.

HP akan memasarkan ia bermula bulan November ini di beberapa buah negara.


TIPS & ULASAN