Bixby Voice Kini Boleh Digunakan Di Malaysia – Terhad Untuk Bahasa Inggeris

Diterbitkan pada Ogos 22, 2017. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Diambang pengenalan Galaxy Note 8, hari ini Samsung menawarkan kemaskini kepada Bixby, dimana melalui kemaskini terbaru, ia mengaktifkan Bixby Voice untuk semua pengguna tempatan.

Bixby Voice merupakan penambahan kepada kecerdasan buatan Bixby yang ditawarkan oleh Samsung. Melalui Bixby Voice, pengguna boleh membacakan arahan, dan ia akan memberikan maklumbalas untuknya. Samsung sebelum ini mengatakan apa sahaja yang anda boleh lakukan melalui skrin sentuh, turut boleh dilakukan melalui arahan suara Bixby Voice ini.

Bixby Voice

Bixby Voice

Buat masa ini, Bixby Voice hanya menyokong bahasa Inggeris dan Korea sahaja. Ia tidak diketahui lagi bilakah pihak Samsung akan menambah sokongan bahasa lain pada Bixby Voice ini.

Bagi anda yang menggunakan telefon pintar Galaxy S8 atau Galaxy S8+, boleh menyemak kemaskini baru, dan mencuba sendiri Bixby Voice ini hari ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami