Carian
Huawei Mungkin Memperkenalkan Cip Pemprosesan Khusus Untuk Kecerdasan Buatan Pada IFA 2017
August 23, 2017 Aman

Huawei sedia dijangka memperkenalkan cip pemprosesan Kirin 970 pada acara tahunan IFA 2017 kelak. Kini, melalui video acah yang diterbitkan oleh Huawei, kini desas-desus hadir memperlihatkan Huawei mungkin memperkenalkan sebuah cip pemprosesan khusus untuk kecerdasan buatan.

Dengan penggunaan cip pemprosesan khusus untuk kecerdasan buatan, ia akan membolehkan peranti memproses lebih banyak data dengan pantas, dan beroperasi tanpa perlu menghantar data ke awan. Huawei sendiri sebelum ini berkongsi dengan kami mengatakan Huawei Mate 10 akan dilengkapi sokongan kecerdasan buatan yang lebih baik dan memproses pelbagai data terus pada peranti.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi Huawei berkenaan dengan cip pemprosesan untuk kecerdasan buatan ini, dan apakah keupayaan yang akan dibawakan oleh cip ini melalui telefon pintar Huawei Mate 10 kelak.

Komen