Acer Swift 3 Dengan Cip Intel Core Generasi Ke-8 Kini Di Malaysia

Acer Swift 3 Dengan Cip Intel Core Generasi Ke-8 Kini Di Malaysia

Diterbitkan pada Ogos 23, 2017 oleh .

Intel baru sahaja meperkenalkan cip Intel Core generasi ke-8 pada awal minggu ini, dan Acer bergerak pantas dan telah mula menawarkan komputer riba dengan cip pemprosesan terkini berkenaan untuk pasaran tempatan.

Komputer riba pertama yang ditawarkan dengan cip pemprosesan generasi baru berkenaan oleh Acer untuk pasaran tempatan adalah Acer Swift 3. Ia hadir dengan skrin 15.6-inci, dilengkapi storan sehingga 256GB, dan memori sehingga 8GB DDR4, dan masa penggunaan bateri sehingga 10 jam lamanya.

Di Malaysia, ia menawarkan harga jualan yang lebih kurang sama seperti sebelum ini, dimana bermula daripada RM3399 hingga RM3899 – bergantung kepada pilihan spesifikasi komputer riba berkenaan.

Kemaskini: Acer Malaysia baru sahaja mengumumkan spesifikasi penuh laptop Acer Swift 3 ini, dan ia bakal hadir dengan cip pemprosesan Intel Core i5-8250U, pilihan RAM sehingga 8GB dan juga storan SSD 256GB untuk kesemua model-model laptop ini.


TIPS & ULASAN