LG Hadir Dengan Video Acah Untuk V30 – Seumpama Ditujukan Untuk Galaxy Note 8
LG

LG Hadir Dengan Video Acah Untuk V30 – Seumpama Ditujukan Untuk Galaxy Note 8

Diterbitkan pada Ogos 23, 2017 oleh .

Samsung akan memperkenalkan telefon pintar Galaxy Note 8 pada lewat malam ini, dan semestinya ramai pengeluar peranti pesaing sedang bersedia dengan kempen pemasaran tersendiri untuk menarik pengguna untuk menantikan peranti mereka.

Kini, rakan senegara Samsung, iaitu LG telah hadir dengan sebuah iklan acah untuk LG V30 – dan dilihat seperti menyerang keupayaan S-Pen pada telefon pintar Galaxy Note 8 akan datang.

Iklan pertama mempertontonkan pen yang patah dan membentuk huruf V – untuk keluarga V30, sementara iklan kedua memperlihatkan pengguna menulis pada buku nota dan membuangnya, seumpama tidak memerlukan buku nota berkenaan.

LG V30 adalah telefon pintar akan datang daripada LG dan dijangka dilancarkan pada penghujung Ogos ini.


TIPS & ULASAN