HTC Mengesahkan HTC U11, HTC U Ultra Dan HTC 10 Akan Menerima Android 8.0 Oreo
HTC

HTC Mengesahkan HTC U11, HTC U Ultra Dan HTC 10 Akan Menerima Android 8.0 Oreo

Diterbitkan pada Ogos 23, 2017 oleh .

Google sebelum ini telah mengatakan sejumlah rakan kerjasama pengeluar peranti Android akan menawarkan kemaskini Android 8.0 Oreo untuk peranti sedia ada. Lanjutan daripadanya, kini pihak HTC mengesahkan yang mana beberapa telefon pintar HTC akan menerima kemaskinI Android 8.0 Oreo.

Daripada Tweet yang dikongsikan, HTC mengatakan HTC U11, HTC U Ultra, dan HTC 10 akan menerima kemaskini Android 8.0 Nougat. Walaubagaimanapun, tiada sebarang tarikh yang diberikan buat masa ini.

HTC mengatakan mereka akan berkongsi lanjut mengenai penawaran kemaskini dan peranti lain yang akan menerimanya tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN