Cari @ Amanz

Asus Turut Akan Menawarkan Zenfone 4 Selfie Lite Di Malaysia Pada Harga RM899

Oleh Aman

Link Copied!

Asus pada minggu lepas telah memperkenalkan siri keluarga Zenfone 4, dan turut mengumumkan Zenfone 4 Selfie Pro, Zenfone 4 Selfie, dan juga Zenfone 4 Max Pro untuk pasaran tempatan. Menariknya, hari ini, Asus Malaysia turut berkongsi mengenai satu lagi peranti berharga kurang RM1000 yang akan memasuki pasaran tempatan, iaitu Zenfone 4 Selfie Lite.

Asus Zenfone 4 Selfie Lite hadir dengan skrin 5.2-inci pada paparan resolusi 720p, dilengkapi cip pemprosesan Snapdragon 425, memori 3GB RAM, dan ruangan storan sehingga 32GB. Melengkapkan peranti ini adalh bateri berkapasiti 4120mAh, dan menggunakan Asus ZenUI 4.0.

Asus Zenfone 4 Selfie Lite

Berbeza dengan siri Zenfone 4 lain di pasaran, telefon pintar Zenfone 4 Selfie Lite hanya hadir dengan hanya satu kamera sahaja di hadapan dan belakang.

Pada bahagian hadapan, ia menggunakan kamera 16-megapixel f/2.0, dan kamera sama turut digunakan di bahagian belakang.

Asus Malaysia menyasarkan untuk menawarkan ia di pasaran tempatan pada awal September 2017 ini. Ia akan dijual pada harga RM899.


Komen ()