Cari @ Amanz

Samsung hari ini bakal memperkenalkan Galaxy Note 8 secara rasminya. Kini, beberapa jam sebelumnya, laman untuk aksesori yang dijangka diperkenalkan bersama, iaitu Gear Fit2 Pro telah pun aktif, dan memperlihatkan sejumlah ciri-ciri yang akan dibawakan olehnya.

Gear Fit2 Pro merupakan gelang tangan kecergasan yang boleh memantau sejumlah data berkaitan aktiviti harian atau ketika anda aktif bersenam – mahupun berenang.

Gear Fit2 Pro

Dari segi spesifikasi, Gear Fit2 Pro hadir dengan skrin 1.5-inci menggunakan panel Super AMOLED, dilengkapi sokongan GPS, sensor denyutan nadi, dan dilengkapi sokongan kalis air sehingga 5 ATM yang membolehkan pengguna menggunakan ia ketika berenang.

Samsung Gear Fit2 Pro

Samsung Gear Fit2 Pro

Samsung turut mengatakan Gear Fit2 Pro ini boleh mengesan aktiviti yang sedang dilakukan anda secara automatik, dan mencatatkan log aktiviti untuknya.

Gelang tangan pintar ini menggunakan sistem operasi berasaskan Tizen, dan ia dilengkapi dengan lebih 3000 aplikasi. Seperti desas-desus sebelum ini, Gear Fit2 Pro turut dilengkapi dengan sokongan Spotify bersama dengannya.

Samsung Gear Fit2 Pro

Buat masa ini, harga jualannya masih tidak diketahui lagi. Walaubagaimanapun, memandangkan ia telah tersenarai pada laman Samsung Malaysia, maka kita boleh nantikan ia diperkenalkan di Malaysia tidak lama lagi.

Samsung Gear Fit2 Pro

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd