Cari @ Amanz

Samsung hari ini akhirnya telah memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka dibawah keluarga Galaxy Note, iaitu Galaxy Note 8. Keluarga peranti yang mempopularkan phablet ini hadir dengan rekaan skrin 6.3-inci menggunakan panel paparan penuh Infinity Display – lebih kurang sama seperti pada Galaxy S8, tetapi kini ia turut menyertakan ruangan untuk S-Pen pada bahagian bawah.

Samsung Galaxy Note 8

Galaxy Note 8 hadir dengan cip Exynos 8895, memori sehingga 6GB RAM, dilengkapi storan sehingga 256GB, dan bateri berkapasiti 3300mAh dengan sokongan pengecasan pantas. Samsung Galaxy Note 8 turut menjadi telefon pintar pertama Samsung dengan penggunaan dwi-kamera. Samsung menggunakan gabungan kamera 12MP+12MP yang menawarkan ciri seperti zoom optikal, serta kebolehan merakamkan gambar dengan kaburkan bahagian latar belakang. Untuk kamera hadapan pula, Samsung menyertakan kamera 8-megapixel. Samsung turut meletakkan pengimbas cap jari bersebelahan dengan lensa kamera di belakang. Peranti ini turut hadir dengan sokongan kalis air bersama dengannya.

Samsung Galaxy Note 8

Selain daripada hanya spesifikasi, pihak Samsung turut menyertakan sejumlah ciri-ciri menarik dari segi perisian. Antaranya adalah termasuk sokongan kecerdasan buatan Bixby, Live Message yang memudahkan anda menghasilkan lakaran GIF menggunakan S-Pen, dan kebolehan merakamkan gambar melalui Live Focus. Pada bahagian kamera juga, Samsung membawakan sokongan zoom dua kali melalui penggunaan dwi-kamera. Samsung turut mengatakan yang mana siri Note ini ditujukan kepada power-user, selain yang ingin melakukan multi-tugasan dengan mudah pada telefon pintar mereka.

Samsung Galaxy Note 8

Samsung Galaxy Note 8

Diperkenalkan bersama dengan telefon pintar ini adalah sokongan aksesori seperti Samsung DeX yang membolehkan telefon pintar dihubungkan ke monitor dan digunakan sebagai sebuah komputer, atau menggunakan ia bersama Gear VR untuk realiti-maya.

Di Malaysia, Galaxy Note 8 boleh dipra-tempah bermula 5 September ini. Pihak Samsung masih belum berkongsi akan harga jualannya buat masa ini di Malaysia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd