Samsung Bakal Memperkenalkan Jam Tangan Pintar Gear S Terbaru Pada Minggu Hadapan

Samsung Bakal Memperkenalkan Jam Tangan Pintar Gear S Terbaru Pada Minggu Hadapan

Diterbitkan pada Ogos 24, 2017 oleh .

Bersama-sama pengumuman telefon pintar Galaxy Note 8, pihak Samsung turut mengacah mengenai penawaran peranti boleh-pakai terbaru mereka yang akan diumumkan pada acara IFA 2017 yang berlangsung mulai minggu hadapan.

Samsung tidak mengumumkan secara spesifik apakah peranti yang bakal diperkenalkan. Walaubagaimanapun, daripada gambar yang diperlihatkan, ia kelihatan seperti Gear Fit baru dan juga Gear S baru.

Seperti ramai sedia maklum, info mengenai Gear Fit2 Pro sedia diketahui melalui laman web Samsung. Selain peranti memfokuskan kecergasan berkenaan, semestinya ramai yang menantikan jam tangan pintar terbaru daripada Samsung.

Gear S3 sebelum ini sendiri menerima maklumbalas positif daripada ramai pengguna – dan semestinya ramai menantikan apakah yang bakal ditawarkan oleh Samsung melalui jam tangan pintar generasi terbaru mereka kelak.

Samsung IFA 2017


TIPS & ULASAN