Cari @ Amanz

Dengan pengenalan Samsung Galaxy Note 8, semestinya sekiranya anda ingin membuat keputusan untuk membeli telefon pintar baru, anda ingin melihat terlebih dahulu apakah yang akan dibawakan oleh Apple melalui iPhone terbaru kelak.

Kini, desas-desus terbaru hadir ke arena web, mengatakan Apple mungkin memperkenalkan iPhone terbaru menjelang 12 September kelak. Info baru ini hadir dikatakan dipetik daripada rakan syarikat telekomunikasi yang telah dikatakan untuk bersedia untuk pelancaran telefon pintar iPhone terbaru untuk 2017 ini.

Buat masa ini, info ini masih dikategorikan dibawah ura-ura. Sekiranya hal ini benar, kita mungkin melihat Apple sendiri mengumumkan perkara ini secara rasminya seawal minggu hadapan melalui jemputan media.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd