Google Pixel Generasi Kedua Dijangka Diperkenalkan Pada 5 Oktober – Hadir Dengan Snapdragon 836

Google Pixel Generasi Kedua Dijangka Diperkenalkan Pada 5 Oktober – Hadir Dengan Snapdragon 836

Diterbitkan pada Ogos 24, 2017 oleh .

Pixel merupakan keluarga peranti mudah-alih daripada Google yang telah dilancarkan pada 2016 lepas. Kini, selang setahun, Google sudah dalam persiapan memperkenalkan telefon pintar generasi kedua mereka, Pixel 2.

Kini, menurut @evleaks, Google dijangka memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka pada 5 Oktober 2017 kelak.

Google dijangka memperkenalkan dua telefon pintar dibawah Pixel ini, iaitu Google Pixel dan juga Google Pixel XL. Versi Pixel dijangka membawakan rekaan yang lebih kurang sama seperti tahun lepas, sementara Pixel XL dijangka menawarkan pelbagai pembaharuan termasuk dari segi rekaan dan beberapa ciri-ciri tambahan.

Google turut dijangka menggunakan cip pemprosesan terbaru, Snapdragon 836 bersama dengan telefon pintar terbaru mereka ini.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan tarikh 5 Oktober ini untuk melihat apakah kejutan yang bakal dibawakan oleh Google melalui Pixel.


TIPS & ULASAN