Facebook kini mengesahkan yang mana mereka akan menambah ciri langganan berbayar pada Instant Articles, sekaligus membolehkan para penerbit kandungan dan syarikat media untuk menjana pendapatan tambahan melaluinya.
Perkara ini telah diperkatakan beberapa kali sebelum ini, dan hari ini ia disahkan sendiri oleh Mark Zuckerberg.
Menurut Mark, mereka telah memulakan ujian untuk syarikat media menambah angka langganan mereka melalui Facebook. Pengguna boleh melihat beberapa kandungan secara terhad daripada sesuatu syarikat melalui Instant Articles – dan seterusnya pengguna berkenaan boleh memilih untuk membuat langganan berbayar untuk terus mengikuti kandungan daripada sesuatu syarikat media berkenaan.
Facebook mengatakan langganan yang dibayar akan terus masuk ke syarikat media berkenaan dan Facebook tidak akan mengambil sebarang potongan daripadanya.
Buat masa ini, ciri in diuji dikalangan para penerbit kandungan Amerika Syarikat dan Eropah sahaja – dan mungkin diperluaskan dalam beberapa bulan lagi.