YotaPhone sedia terkenal dengan penawaran telefon pintar yang menggunakan skrin pada bahagian hadapan, dan juga belakang. Terkini, mereka telah memperkenalkan secara rasminya YotaPhone 3, iaitu telefon pintar generasi ketiga mereka dengan konsep sama.
YotaPhone 3 hadir dengan skrin utama 5.5-inci Super AMOLED dengan paparan HD penuh, dan pada bahagian belakang pula, YotaPhone menggunakan skrin 5.2-inci dengan panel E-Ink serta beresolusi 720p.
Melengkapkan telefon pintar ini adalah cip Snapdragon 625, memori sehingga 4GB RAM, dan ruangan storan sehingga 128GB.
Untuk rakaman gambar, YotaPhone 3 menggunakan kamera 12-megapixel dibelakang, dan kamera hadapan 13-megapixel.
Buat masa ini, ia ditawarkan di China sahaja, dan mungkin kita akan dapat melihat ia diperluaskan penawaran kepada negara-negara lain dalam masa terdekat.
Bagi anda, adakah anda menyukai konsep telefon pintar dengan skrin di hadapan dan belakang ini?