Papan Kekunci Mekanikal Ducky 711 Dengan Gabungan Pelbagai Suis Mekanikal Kini Hadir Di Malaysia – Berharga RM599

Papan Kekunci Mekanikal Ducky 711 Dengan Gabungan Pelbagai Suis Mekanikal Kini Hadir Di Malaysia – Berharga RM599

Diterbitkan pada Ogos 24, 2017 oleh .

Populariti papan kekunci mekanikal kini dapat dilihat semakin menular di pasaran tempatan, dengan banyak jenama hadir dengan papan kekunci dengan pelbagai saiz dan bentuk.

Ducky merupakan sebuah jenama papan kekunci yang cukup popular, dan kini mereka hadir dengan Ducky 711, sebuah papan kekunci yang mempunyai gabungan bukan satu, dua, mahupun tiga suis mekanikal, tetapi sebelas suis mekanikal Cherry MX yang disusun sekitar rangka papan kekunci tersebut.

Ini termasuklah Cherry MX Black, Clear, Blue, Green, Brown, Red, Tactile Grey, Clear, White, Speed Silver, Silent Red dan Silent Black. Suis-suis ini juga disusun berdasarkan kekerapan penggunaan kekunci, dan hadir dengan sistem pencahayaan LED yang mempunyai tujuh warna.

Menurut Ducky Malaysia, papan kekunci Ducky 711 ini hadir pada tanda harga awal RM579 sebagai tanda harga pengenalan, dan kemudiannya akan dijual pada harga RM599.


TIPS & ULASAN