Ini Adalah Contoh Gambar-Gambar Yang Diambil Menggunakan Samsung Galaxy Note 8

Ini Adalah Contoh Gambar-Gambar Yang Diambil Menggunakan Samsung Galaxy Note 8

Diterbitkan pada Ogos 24, 2017 oleh .

Samsung Galaxy Note 8 ialah percubaan pertama gergasi Korea Selatan dalam menggunakan sistem dwi-kamera pada peranti pintar. Mereka memilih menggabungkan kamera lensa biasa dan sebuah lensa telephoto yang mampu melakukan zoom optikal 2X.

Selalunya pada percubaan sulung, kemampuan kamera tidak memuaskan. Tetapi selepas menggunakan Note 8 selama dua hari kami amat berpuas hati dengan kualiti gambar yang diambil sungguhpun ia masih menggunakan perisian percubaan. Beberapa fungsi yang diperlihatkan pada majlis pelancaran tidak ditemui pada peranti yang kami gunakan di New York.

Pepatan Inggeris ada mengatakan gambar adalah sama nilainya dengan seribu patah perkataan. Oleh itu kami rasakan menunjukkan contoh gambar-gambar yang sempat kami ambil adalah lebih baik dari menulis dengan panjang lebar.

ZOOM OPTIKAL

Zoom optikal adalah fungsi yang amat diperlukan sekiranya anda tidak dapat menghampiri subjek yang ingin diambil gambarnya. Ini mungkin artis kegemaran, burung di atas pokok atau gadis barista yang comel di Starbucks. Note 8 mampu melakukan zoom optikal sehingga 2X. Kami menguji sistem zoom optikal ini pada waktu malam dan siang untuk melihat sama ada lensa f/2.4 mampu menghasilkan gambar yang memuaskan.

Pada hemat kami gambar yang diambil adalah tajam tanpa masalah noise walaupun diambil pada waktu malam. Elemen di dalam gambar masih tajam dan tulisan boleh dibaca dengan mudah. Kawasan dengan sumber cahaya yang terang tidak overexposed atau menunjukkan kesan blooming. Ini amat memuaskan.

Seterusnya kami mengujinya pada waktu siang. Cuaca musim panas yang baik membolehkan kami mengambil gambar di dalam keadaan paling optimum

Walaupun keadaan cahaya yang amat terang dengan matahari yang terik, langit dan awan kelas kelihatan di alam kedua-dua gambar. Pada sesetengah kamera di dalam situasi yang sama keseluruhan langit kadang kala hanya menjadi putih di dalam gambar yang diambil.

Penghasilan warna seperti anda boleh lihat amat baik begitu juga dengan ketajaman objek dalam gambar. Bangunan ini sengaja kami pilih kerana dicat dengan mural yang menggunakan semua warna di dalam pelangi Di dalam mod zoom, sekali lagi gambar yang dihasilkan amat baik.Alur pada batu bata yang tidak dapat dilihat sebelum zoom kini jelas kelihatan.

LIVE FOCUS

Dengan penggunaan dwi-kamera, kesan khas bokeh boleh diambil melalui fungsi Live Focus. Selepas gambar diambil, tahap kekaburan latar belakang boleh diubah di dalam aplikasi Gallery. Di bawah ialah beberapa contoh gambar yang berjaya kami ambil.

Sekali lagi kami cukup berpuas hati dengan fungsi Live Focus ini. Objek latar hadapan dipisahkan dari latar belakang dengan cukup baik. Selepas memuat naik gambar pertama di atas di Instagram ada yang tidak mempercayai ia diambil menggunakan sebuah telefon pintar.

Tetapi komen negatif harus kami berikan pada perisian Live Focus. Ia memerlukan pencahayaan yang baik dan subjek berada sekitar 1.2 meter dari kamera untuk ia berfungsi dengan baik. Mesej “Can’t use Live Focus. Not enough light” akan terpapar pada skrin sekiranya parameter tidak dipenuhi.

Dua gambar akan diambil setiap kali Live Focus digunakan. Note 8 akan menggunakan kedua-dua kamera untuk mengambil gambar. Sebuah gambar hibrid akan dihasilkan dengan menganalisa dua gambar yang diambil tadi. Ini akan mengambil ruang di dalam storan peranti. Di bawah ialah gambar turut diambil Note 8 bersama dengan gambar bokeh pertama di atas.

Full Screen

Seterusnya ialah Full Screen yang membolehkan gambar diambil pada nisbah 18.5: 1. Keseluruhan skrin digunakan sebagai viewfinder bagi menghasilkan gambar yang sinematik. Ini menyamai fungsi yang terlebih dahulu ditemui pada LG G6.

LAGI GAMBAR

Berikut ialah gambar yang diambil secara rawak untuk dinikmati oleh pembaca Amanz. Adakah anda berpuas hati dengan kualiti rakaman gambar Note 8 ini?


TIPS & ULASAN