Carian
JomLaunch Kembali Pada 16 September 2017 Ini – Sejumlah Produk IT Tempatan Bakal Dipersembahkan
August 24, 2017 Aman

JomLaunchJomLaunch merupakan salah satu acara komuniti yang diadakan beberapa kali setahun. Untuk tahun 2017 ini, edisi seterusnya bakal dianjurkan pada 16 September 2017 ini di Kuala Lumpur.

JomLaunch dianjurkan dalam usaha untuk meraikan kepakaran tempatan dalam bidang ICT, dan pada masa yang sama ketemukan mereka-mereka yang terlibat dalam bidang ICT dibawah satu bumbung. Menjadi acara utama juga pada JomLaunch ini adalah pengenalan dan pelancaran pelbagai produk-produk yang dibangunkan pengguna tempatan – tidak kira sekadar hobi sahaja, ataupun untuk tujuan komersial.

Bagi anda yang berminat, boleh menghadirkan diri ke acara JomLaunch yang akan diadakan pada 16 September 2017 ini di TM Convention Centre. Tiket kemasukkan adalah berharga RM30 sehingga penghujung Ogos ini, dan akan ditingkatkan kepada RM50 selepas itu.

Komen