HTC Dilaporkan Mungkin Menjual Sebahagian Atau Keseluruhan Perniagaan Mereka
HTC

HTC Dilaporkan Mungkin Menjual Sebahagian Atau Keseluruhan Perniagaan Mereka

Diterbitkan pada Ogos 25, 2017 oleh .

HTC yang dulunya popular dan sering dibandingkan dengan peranti keluaran Samsung, kini dilaporkan sedang melihat kepada beberapa pilihan strategik untuk syarikat mereka. Antara pilihan yang dilihat termasuk mengasingkan atau menjual bahagian realiti-maya, atau turut memilih untuk menjual keseluruhan syarikat mereka.

Walaubagaimanapun, pada masa yang sama, ia dikatakan menjual keselurhan HTC mungkin sedikit sukar atau tidak terjadi kerana ia mempunyai perniagaan telefon pintar, pengeluaran peranti, dan juga realiti-maya – yang mana mungkin tidak diminati oleh satu syarikat yang sama.

HTC sebelum ini telah menghasilkan telefon pintar pertama Android pada 2008 yang lepas, dan hadir dengan sejumlah telefon pintar berasaskan Android yang mencuri perhatian ramai. Walaubagimanapun, sejak sekitar dua tiga tahun kebelakangan ini, peranti keluaran mereka kurang menarik minat pengguna – membuatkan pengeluar lain seperti Huawei, dan sebagainya mendahului mereka.

Pada masa yang sama, bahagian realiti-maya mereka dibawah Vive kelihatan sedikit mencuri perhatian ramai. Ia telah dilancarkan beberapa tahun lepas, dan HTC telah sedia bekerjasama dengan Valve dalam memperkenalkan peranti pertama mereka.

Buat masa ini, seperti biasa, pihak HTC tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan laporan baru ini.


TIPS & ULASAN