Cari @ Amanz

Bagi para peminat Sony, ia kini dilihat pihak Sony sedang dalam persiapan untuk memperkenalkan sebuah telefon pintar baru seawal pada acara IFA 2017 yang dijadualkan minggu hadapan. Dikenali dengan nama Sony Xperia XZ1, melalui gambar yang tertiris, ia kelihatan menawarkan rekaan yang lebih kurang sama seperti sebelum-sebelum ini.

Sony Xperia XZ1

Mengikut desas-desus, ia dikatakan bakal menawarkan spesifikasi dengan skrin bersaiz 5.2-inci pada paparan HD penuh, dijana menggunakan cip Snapdragon 835, dan kamera belakang 19-megapixel.

Dengan rekaan yang tertiris ini, mungkin kita perlu nantikan untuk tempoh yang sedikit lama lagi sebelum dapat melihat rekaan telefon pintar dengan bingkai nipis daripada Sony.

Bagi anda sendiri, apa kata anda mengenai rekaan yang tertiris ini?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd