HTC U11 Dijangka Menerima Kemaskini Android 8.0 Oreo Sebelum Penghujung 2017
HTC

HTC U11 Dijangka Menerima Kemaskini Android 8.0 Oreo Sebelum Penghujung 2017

Diterbitkan pada Ogos 25, 2017 oleh .

Lanjutan daripada tempoh hari, kini pihak HTC berkongsi mengatakan HTC U11 akan menerima kemaskini Android 8.0 Oreo pada suku ke-4 tahun ini – sekaligus membolehkan anda menikmati versi terbaru Android pada telefon pintar HTC anda sebelum tahun baru 2018.

Android Oreo

HTC U11 merupakan salah satu telefon pintar utama pada 2017 ini daripada HTC – hadir dengan pelbagai spesifikasi terkini, termasuk bingkai yang sensitif tekanan – dimana anda boleh picit ia untuk membuat beberapa tugasan.

Melalui Android 8.0 Oreo, sejumlah ciri-ciri baru dijangka hadir, termasuk sokongan Picture-in-Picture, sekuriti yang ditambah baik, kemaskini pada antaramuka dan sebagainya. Pihak HTC sendiri mengatakan mereka akan mengaktifkan beberapa ciri baru melalui kemaskini ini, termasuk sokongan Bluetooth 5.0.

Bagi anda yang menggunakan HTC U11, mungkin boleh nantikan kemaskini ini hadir ke telefon anda dalam masa beberapa bulan lagi.


TIPS & ULASAN