Apple TV Dengan Sokongan 4K Dan HDR Dijangka Diumumkan Bersama iPhone Baru

Apple TV Dengan Sokongan 4K Dan HDR Dijangka Diumumkan Bersama iPhone Baru

Diterbitkan pada Ogos 25, 2017 oleh .

Apple sedia diperkatakan dalam persiapan untuk memperkenalkan iPhone baru sekitar pertengahan September 2017 ini. Kini, menurut laporan Bloomberg, selain daripada iPhone, pihak Apple juga mungkin memperkenalkan Apple TV generasi baru pada acara yang sama.

Apple TV sebelum ini telah menerima kemaskini terakhir sekitar dua tahun yang lepas. Melalui versi terbaru yang dijangka diumumkan, Apple dikatakan akan menyertakan cip pemprosesan yang lebih berkuasa – sekaligus menyertakan ciri-ciri seperti 4K dan juga HDR.

Seperti biasa, pengguna akan memerlukan televisyen dengan kemampuan 4K untuk dapat melihat sepenuhnya output 4K daripada Apple TV ini.

Pada masa yang sama, menurut laporan sama, Apple dikatakan telah memulakan perbincangan bersama pelbagai penerbit kandungan untuk menawarkan kandungan 4K melaui iTunes.


TIPS & ULASAN