Asus Zenfone 4 Selfie Pro, Zenfone 4 Selfie Dan Zenfone 4 Max Pro Sudah Boleh Dibeli Di Malaysia

Asus Zenfone 4 Selfie Pro, Zenfone 4 Selfie Dan Zenfone 4 Max Pro Sudah Boleh Dibeli Di Malaysia

Diterbitkan pada Ogos 25, 2017 oleh .

Asus telah menawrakan pra-tempahan untuk Asus Zenfone 4 Selfie Pro, Zenfone 4 Selfie dan juga Zenfone 4 Max Pro sejak daripada minggu lepas – selepas ia dilancarkan di Taiwan. Kini, selang seminggu, telefon pintar berkenaan telah pun mula dijual secara rasminya di Malaysia.

Antara ketiga-tiga peranti, Asus Malaysia dilihat lebih memfokuskan kepada pemasaran Asus Zenfone 4 Selfie Pro – dimana ia hadir dengan sokongan dwi-kamera dihadapan mengabungkan lensa 20-megapixel dan 8-megapixel untuk rakaman selfie jelas, termasuk keupayaan rakaman video selfie 4K.

Asus Zenfone 4 Selfie Pro

Asus Zenfone 4 Selfie pula ditujukan kepada mereka yang inginkan telefon untuk tujuan selfie, tetapi dengan spesifikasi pertengahan. Dan akhir sekali Asus Zenfone 4 Max Pro ditujukan kepada mereka yang inginkan kuasa bertahan bateri yang lama – iaitu dengan bateri berkapasiti 5000mAh.

Di Malaysia, Asus Zenfone 4 Selfie Pro ditawarkan pada harga RM1799, Zenfone 4 Selfie pada harga RM1299 dan Zenfone 4 Max Pro pada harga RM1099.


TIPS & ULASAN