Samsung Galaxy Note 8 telah dilancarkan secara rasmi pada minggu ini, dan pada acara berkenaan, pihak Samsung telah mengatakan yang mana Galaxy Note 8 akan boleh dipra-tempah di Malaysia bermula 5 September kelak.
Kini, lanjutan daripadanya, pihak Samsung Malaysia telah berkongsi penawaran pra-tempahan untuk pasaran tempatan. Di Malaysia, Galaxy Note 8 akan dijual pada harga RM3999. Untuk mereka yang membuat pra-tempahan antara 5 September hingga 10 September ini, anda akan menerima sejumlah ganjaran – termasuk rebat tunai sebanyak RM321, perlindungan tambahan Samsung, sebuah powerbank dan juga pelindung skrin.
Dengan ganjaran yang ditawarkan, untuk tempoh pra-tempahan terhad, anda secara kasar boleh mendapatkan Galaxy Note 8 ini pada harga RM3678 – dan sekiranya membeli selepas tempoh pra-tempahan, akan membayar sebanyak RM3999.
Bagi anda, apa kata anda mengenai harga jualan ini?
- Info
- Layari : Pra-Tempahan Galaxy Note 8 Bermula 5 Sept