Carian
11Street Terus Mengukuhkan Kedudukan Dalam Arena E-Dagang Malaysia – Menidakkan Ura-Ura Sebelum Ini
August 26, 2017 Aman

Sebelum ini, SK Planet telah menarik diri dari pasaran Indonesia, dan ura-ura mengatakan mereka turut akan melakukan perkara sama di Malaysia. Kini, pihak 11Street telah mengeluarkan kenyataan rasmi, mengatakan mereka akan kekal komited untuk pasaran Malaysia.

Pihak SK Planet sendiri mengatakan mereka memilih sesuatu negara melalui keputusan strategik dimana mereka boleh menang – dan memilih Malaysia kerana ia berkembang dengan pesat, selain dilengkapi infrastuktur yang menyeluruh untuk e-dagang.

Pada masa yang sama, CEO Celcom Planet mengatakan mereka sedang melihat kepada beberapa pilihan strategik termasuk suntikan dana daripada beberap rakan strategik untuk fasa seterusnya.

Celcom Planet mengatakan kini terdapat lebih 40,000 penjual, dan lebih 13 juta produk tersenarai pada platform yang telah dilancarkan sejak April 2015 yang lepas. Ia juga sering mencatatkan sekitar 16 juta pengunjung setiap bulan pada platform berkenaan.

Komen