BlackBerry Mungkin Melesenkan Variasi Android Mereka Kepada Pengeluar Peranti

BlackBerry Mungkin Melesenkan Variasi Android Mereka Kepada Pengeluar Peranti

Diterbitkan pada Ogos 26, 2017 oleh .

BlackBerry sebelum ini telah keluar daripada perniagaan pengeluaran peranti dan melesenkan ia kepada TCL untuk mengeluarkan pelbagai telefon pintar berjenama BlackBerry. Kini, selain daripada itu, BlackBerry juga dikatakan mungkin melesekan variasi Android mereka kepada pengeluar peranti lain.

BlackBerry sering menekankan kepada kelebihan sekuriti mereka, dan pada variasi Android yang digunakan, ia hadir dengan sejumlah aplikasi dibawah BlackBerry DTEK – selain beberapa ciri-ciri tambahan, dan pada masa yang sama mengekalkan antaramuka dan ciri natif Android.

Ia dikatakan BlackBerry memanggil variasi sistem operasi berasaskan Android mereka sebagai “BlackBerry Secure” dan terbuka untuk pengeluar peranti lain menggunakannya dengan mendapatkan lesen daripada mereka.

Sekiranya benar, maka tidak mustahil untuk melihat pelbagai peranti keluaran lain turut hadir dengan perisian BlackBerry Secure pada telefon pintar keluaran mereka.

Bagi anda sendiri, adakah penggunaan jenama BlackBerry pada perisian yang ditawarkan memberikan lebih ketenangan dari segi sekuriti?


TIPS & ULASAN