Carian
Chrome Akan Kelak Membolehkan Anda Mematikan Bunyi Dari Sesuatu Laman Web
August 26, 2017 Aman

Pada hari ini, anda boleh klik-kanan pada sebarang tab di Chrome, dan memilih untuk membisukan ia (mute). Kini, selain daripada ciri berkenaan, Google juga sedang membangunkan sebuah ciri baru yang membolehkan pengguna mematikan terus bunyi daripada sesuatu web untuk selamanya – sehingga tetapan berkenaan diubah semula.

Chrome Mute

Ini mungkin sesuai untuk beberapa laman web yang sering memainkan audio secara automatik dan membuatkan anda kurang mengemari pengalaman melayarinya.

Melalui apa yang dilihat, pengguna boleh tap pada ikon HTTPS pada sesuatu web berkenaan, dan menatal kepada pilihan Bunyi, dan memilih untuk mematikannya.

Buat masa ini, ia masih pada peringkat pembangunan di Chrome Canary, dan mungkin akan mengambil masa beberapa bulan sebelum hadir ke versi stabil Chrome.

Komen