Pada bulan Mei lepas, Sony telah melancarkan salah satu telefon pintar berspesifikasi asas-pertengahan, iaitu Xperia L1. Kini, desas-desus hadir mengatakan Sony Mobile Malaysia dalam perancangan untuk memperkenalkan telefon pintar berkenaan secara rasmi di Malaysia tidak lama lagi.
Sony Xperia L1 hadir dengan elemen rekaan seumpama pelbagai peranti Xperia yang lain, menggunakan skrin 5.5-inci dengan resolusi HD, cip pemprosesan MediaTek MT6737T, memori 2GB RAM, dan ruangan storan 16GB.
Untuk bahagian kamera, ia menggunakan kamera 13-megapixel dibelakang dan 5-megapixel di hadapan.
Menurut Mdroid, telefon pintar ini akan ditawarkan di Malaysia tidak lama lagi pada harga sekitar RM799.