Cari @ Amanz

Final Fantasy XV – Pocket Edition diumumkan di Gamescon minggu lalu dan mendapat reaksi yang bercampur baur dari peminat. Ada yang merasakan ia tidak perlu kerana Final Fantasy XV versi konsol sudah lebih dari memadai. Tetapi pihak Square Enix mahu lebih banyak pemain menikmati RPG ini dengan menghasilkannya dalam versi permua.

Hajime Tabata, penerbit Final Fantasy XV dipetik di dalam sebuah temubual bersama IGN mengatakan Final Fantasy XV – Pocket Edition mungkin akan turut hadir ke konsol Nintendo Switch. Switch tidak akan menerima versi asal Final Fantasy XV dan edisi permua ini mungkin lebih sesuai. Ini sedikit sebanyak akan mengubati kekecewaan pemilik Switch yang tidak dapat memainkan Final Fantasy XV asal.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd