Vivo sebelum ini telah sedia hadir dengan beberapa telefon pintar memfokuskan kepada ciri selfie, dan kini mereka menambah satu lagi peranti dengan ciri seumpamanya, dinamkaan sebagai Vivo Y69. Secara kasar, spesifikasinya adalah sama seperti Vivo V5 Lite yang telah hadir pada awal tahun ini, tetapi Vivo Y69 hadir dengan sistem operasi Android 7.0.
Vivo Y69 hadir dengan skrin 5.5-inci dengan paparan HD, menggunakan cip MediaTek MT6750, memori sehingga 3GB RAM, dan bateri berkapasiti 3000mAh.
Menjadi fokus utama pada telefon pintar ini adalah keupayaan selfie, dimana ia menggunakan kamera hadapan 16-megapixel f/2.0. Untuk kamera belakang, ia menggunakan sensor 13-megapixel f/2.2.
Dari segi rekaan keseluruhan peranti ini, ia tidak begitu jauh berbeza dengan kebanyakkan peranti keluaran China pada hari ini.
Buat masa ini, Vivo Y69 hanya diumumkan untuk pasaran India sahaja, dimana ia dijual pad harga ₹14,990 iaitu sekitar RM999.