Video Tertiris Menunjukkan Pengimbas Jari Pada Bahagian Belakang iPhone 8

Video Tertiris Menunjukkan Pengimbas Jari Pada Bahagian Belakang iPhone 8

Diterbitkan pada Ogos 28, 2017 oleh .

Ura-ura iPhone 8 mungkin dilengkapi sistem pengimbas jari pada panel belakang kini mungkin ada kebenarannya. Sebuah video tertiris ke laman Weibo menunjukkan peranti yang dikatakan iPhone 8 mempunyai pengimbas TouchID pada bahagian logo. Pekerja dilihat melakukan ujian ke atas sistem ini lengkap dengan kod Black Mesa pada mesin yang digunakan.

Mesa ialah kod yang digunakan oleh Apple untuk sistem TouchID. Apabila jari pekerja menyentuh pengimbas di bawah logo Apple, skrin mesin dilihat melakukan beberapa ujian diagnostik. Apple iPhone 8 dan 7S dipercayai akan dilancarkan secara rasmi bulan hadapan. Ini bermakna kesahihan video ini akan disahkan dalam jangka masa yang pendek. Apakah pendapat anda dengan sistem TouchID yang kini di bahagian belakang peranti?


TIPS & ULASAN