Ketua Expedia Dilaporkan Ditawarkan Menjadi CEO Baru Untuk Uber

Diterbitkan pada Ogos 28, 2017. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Uber telah melalui fasa carian CEO baru untuk tempoh yang sedikit lama, dan kini ia dilaporkan mereka telah hadir dengan calon akhir, iaitu CEO dan presiden Expedia, Dara Khosrowshahi.

Dara Khosrowshahi mengetuai Expedia sejak 2005 yang lepas, dimana sejak daripada itu, Expedia telah terus mengukuhkan kedudukan mereka di lebih 60 buah negara, termasuk mengambil-alih beberapa syarikat lain. Beliau merupakan antara CEO dengan pengalaman dan pengetahuan dalam arena digital dan juga pengetahuan antarabangsa, disamping mengenai kewangan.

Beliau dijangka akan meneruskan Uber yang telah dibangunkan oleh Travis Kalanick kepada syarikat berpendapatan lebih $20 bilion setahun.

Buat masa ini, pihak Uber masih belum mengumumkannya secara rasmi. Expedia turut belum mengeluarkan sebarang komen mengenai hal ini buat masa ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami