Asus Zenfone 4 Dilaporkan Berharga RM2099 Di Malaysia

Asus Zenfone 4 Dilaporkan Berharga RM2099 Di Malaysia

Diterbitkan pada Ogos 28, 2017 oleh .

Asus sebelum ini telah mengatakan bakal memasarkan Asus Zenfone 4 di pasaran Malaysia pada awal September kelak. Harga jualannya masih tidak diumumkan lagi, tetapi kini melalui gambar katalog yang tertiris di MDroid, ia memperlihatkan Asus Zenfone 4 akan membawakan tanda harga RM2099 di Malaysia.

Zenfone 4 Tertiris

Asus Zenfone 4 merupakan telefon pintar dengan skrin 5.5-inci pada paparan resolusi HD penuh, dijana menggunakan cip Snapdragon 630, memori sehingga 6GB RAM, dan ruangan storan sehingga 64GB. Zenfone 4 menggunakan dwi-kamera pada bahagian belakang, iaitu gabungan 12-megapixel dan 8-megapixel, sementara kamera hadapan menggunakan sensor 8-megapixel.

Tarikh jualan untuknya masih tidak diketahui lagi, dan mungkin Asus Malaysia akan mengumumkannya tidak lama lagi.

Jadi, pada harga RM2099, apa kata anda mengenai penawaran Zenfone 4 ini?


TIPS & ULASAN