Model Xbox One Asal Tidak Lagi Dijual Oleh Microsoft

Model Xbox One Asal Tidak Lagi Dijual Oleh Microsoft

Diterbitkan pada Ogos 28, 2017 oleh .

Xbox One dilancarkan oleh Microsoft pada Jun 2013. Pada Jun tahun lalu Xbox One S dilancarkan sebagai model kemaskini dengan beberapa penambahbaikan. Oleh sebab itu penjualan Xbox One asal telahpun dihentikan oleh Microsoft di Amerika Syarikat.

Langkah ini mungkin diambil kerana rekaan Xbox One S lebih menarik. Tambahan lagi mereka sedang menumpukan usaha untuk penjualan Xbox One X yang kini adalah konsol yang paling berkuasa pernah dihasilkan dengan kemampuan memaparkan grafik pada resolusi 4K secara natif. Bagi mereka yang masih berminat untuk memiliki Xbox One asal, anda harus segera mendapatkannya di kedai berhampiran sebelum kehabisan stok.


TIPS & ULASAN