Sailfish OS Diumumkan Untuk Xperia X – Akan Ditawarkan Secara Berbayar

Sailfish OS Diumumkan Untuk Xperia X – Akan Ditawarkan Secara Berbayar

Diterbitkan pada Ogos 28, 2017 oleh .

Jolla sebelum ini telah mengumumkan yang mana mereka sedang membangunkan Sailfish OS untuk telefon pintar Xperia X. Setelah berbulan-bulan, kini Jolla berkongsi lanjut mengenai penawaran yang dinamakan oleh mereka sebagai Sailfish X.

Sailfish X adalah sistem operasi alternatif untuk pengguna Xperia X, dimana anda boleh menggunakan sistem operasi Sailfish pada Xperia X, dan menikmati pelbagai ciri-ciri yang ditawarkan, termasuk sokongan aplikasi Android.

Walubagaimanapun, ia ditawarkan secara berbayar oleh pembangunnya bermula bulan September ini pada harga €49,90, dan pengguna boleh memuat-turunnya bermula Oktober kelak.

Bagi anda yang menggunakan Xperia X, adakah anda akan mendapatkan sistem operasi alternatif ini menggantikan sistem operasi Android pada Xperia X?


TIPS & ULASAN