Carian
Xiaomi Menjadualkan Pelancaran Peranti “Flagship” Dwi-Kamera Pada 5 September
August 28, 2017 Aman

Xiaomi kini melalui akaun Twitter rasmi mengumumkan mereka akan melancarkan sebuah telefon pintar flagship dengan sokongan dwi-kamera pada 5 September kelak. Apakah peranti baru yang akan diumumkan masih menjadi tanda tanya – dan terdapat beberapa spekulasi mengatakan ia berkemungkinan adalah penawaran Xiaomi Mi 5X untuk pasaran global.

Xiaomi Mi 5X sebelum ini telah dilancarkan pada Julai lepas, hadir dengan sokongan dwi-kamera pada bahagian belakng yang mengabungkan lensa 12-megapixel rakaman luas dan juga 12-megapixel telephoto. Namun, ia hanya hadir dengan cip pemprosesan Snapdragon 625 sahaja.

Beberapa desas-desus lain mengatakan kemungkinan Mi Note 3 yang mungkin diperkenalkan oleh Xiaomi.

Apa pun, seperti biasa, sama-sama kita nantikan apakah yang bakal diumumkan oleh Xiaomi pada 5 September kelak.

Komen