Cari @ Amanz

Di Malaysia penggunaan basikal kini mula digalakkan di tengah ibu kota Kuala Lumpur dengan pengenalan perkhidmatan perkongsian basikal seperti Obike. Tetapi mengayuh di bawah cahaya matahari yang terik pasti memenatkan. Oleh itu basikal dengan kuasa elektrik mungkin boleh diperkenalkan di masa hadapan. Rayvolt Cruzer ialah basikal elektrik yang bukan sahaja mengurangkan kayuhan malahan mempunyai rekaan retro bergaya.

 Basikal ini kelihatan seperti motosikal pasca perang dunia kedua. Ia dilengkapi motor elektrik 1000 Watt yang memberikan kelajuan maksimum 25 km/j. Bateri 1134 Wh buatan Samsung digunakan dengan sokongan pengecasan pantas kurang daripada tiga jam. Panel solar boleh lipat turut disertakan bagi membolehkan Cruzer dicaj tanpa palam elektrik.

Sebuah paparan LCD 4.5″ diletakkan bagi memaparkan kelajuan serta tahap bateri. Sistem brek cakera dengan sistem regen membolehkan bateri dicas semula apabila basikal membrek. Harga jualan Rayvolt Cruzer bermula dari € 2700 (~RM 13752) sebuah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd