Carian
Bas Elektrik Putra Nedo Dilancarkan Dengan Kemampuan Dicas Dalam Masa Hanya 10 Minit
August 28, 2017 Effi Saharudin

Di bawah Dasar Automotif Negara, kerajaan mensasarkan 2000 bas elektrik digunakan menjelang 2020. Ini adalah bagi mengurangkan tahap pencemaran udara dan sekaligus menjadikan Malaysia hab kenderaan elektrik rantau ASEAN. Projek bas elektrik Putra Nedo telahpun dilancarkan di Putrajaya hari ini. Projek rintis ini ialah langkah pertama menjadi Putrajaya banda hijau karbon rendah menjelang 2025.

Bas elektrik yang digunakan di dalam projek ini menggunakan teknologi yang dibangunkan oleh New Energy and Industrial Technology Development Organization (NEDO) dari Jepun. Sebanyak lapan buah bas elektrik akan digunakan dengan kemampuan beroperasi sehingga 30 kilometer dengan sekali caj. Sistem pengecasan adi-pantas membolehkan bateri bas dicaj sepenuhnya dalam masa 10 minit.

Komen