Cari @ Amanz

Selepas penantian sekian lama, hari ini akhirnya pengeluar peranti kecergasan terkemuka, Fitbit telah pun memperkenalkan jam tangan pintar pertama mereka, dinamakan Fitbit Ionic.

Fitbit Ionic

Fitbit Ionic hadir dengan rekaan skrin berbentuk empat-segi 1.42-inci, dan berbeza dengan Fitbit Blaze sebelum ini, Ionic hadir dengan sokongan aplikasi pihak ketiga. Untuk pengenalan, sebanyak empat aplikasi diumumkan, iaitu Pandora, Starbucks, AccuWeather, dan juga Strava. Aplikasi lain seperti Adidas All Day, Flipboard dan sebagainya dijangka akan hadir tidak lama lagi.

Disamping itu, pihak Fitbit turut menyediakan ruangan storan bersaiz 2.5GB untuk menyimpan sekitar 300 buah lagu MP3 didalam jam tangan pintar berkenaan.

Dengan membawakan jenama Fitbit, ia turut menyertakan sejumlah ciri-ciri kecergasan, termasuk integrasi Fitbit Coach untuk mengajar pelbagai latihan bersenam, integrasi GPS, dan kemampuan untuk mengumpulkan data denyutan nadi, dan ketika anda berenang, serta sokongan pembayarna melalui NFC.

Fitbit mengatakan jam tangan pintar ini mampu menawarkan masa bertahan bateri sehingga empat hari lamnya.

Fitbit Ionic dijangka ditawarkan bermula Oktober kelak, selain variasi versi Adidas dijangka hadir sekitar 2018 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd