Dengan pelbagai pengeluar komputer yang menghasilkan set realiti-maya berasaskan Windows Mixed Reality, kini pihak Dell turut tidak ketinggalan. Selepas mengumumkan akan menawarkan set realiti-maya mereka beberapa bulan lepas, hari ini Dell akhirnya memperkenalkan set realiti-maya dan realiti-gabungan mereka, dinamakan Dell Visor.
Dell Visor menggunakan teknologi Windows Mixed Reality disebaliknya, membolehkan anda menikmati pelbagai kandungan realiti-maya – mahupun realiti gabungan seumpama HoloLens.
Dell Visor hadir dengan sensor dan kamera terbina untuk pemantauan dalaman dan luaran – sekaligus memberikan pengalaman realiti-gabungan dunia maya dan dunia-nyata yang baik kepada pengguna.
Dell Visor turut dilengkapi alat kawalan khusus bagi membolehkan sistem mengetahui gerakan tangan pengguna ketika menggunakannya dalam dunia realiti-gabungan.
Dell menyasarkan untuk memasarkan set realiti-gabungan ini bermula bulan Oktober kelak. Seperti biasa, pengguna perlu menghubungkan ia kepada komputer untuk dapat menikmati penggunaan dunia realiti-gabungan yang ditawarkan.