Samsung Galaxy Note 8 Berwarna Merah Jambu Dilancarkan Di Taiwan

Samsung Galaxy Note 8 Berwarna Merah Jambu Dilancarkan Di Taiwan

Diterbitkan pada Ogos 29, 2017 oleh .

Samsung Galaxy Note 8 dilancarkan minggu lalu dengan tawaran empat warna hitam, biru, kelabu dan emas. Pengguna di Taiwan nampaknya diberikan kelebihan kerana diberikan pilihan membelinya dalam warna Star Pink. Tiada perubahan spesifikasi dilakukan pada peranti Note 8 merah jambu ini.

Taiwan menerima warna Star Pink kerana 30% peranti yang dijual di negara ini adalah berwarna merah jambu. Samsung sekadar mengikut trend pengguna di negara ini. Seperti pada model lain, stylus S-Pen versi ini turut berwarna merah jambu bagi menyamai warna kerangka. Di Taiwan Samsung Galaxy Note 8 dijual pada harga TWD 34,200 (~RM 4835). Ini ialah hampir RM1000 lebih mahal berbanding RM 3999 di Malaysia.


TIPS & ULASAN