Celcom Kini Menawarkan Easyphone Untuk Xpax – Pelan Ansuran Untuk Membeli Telefon Pintar

Celcom Kini Menawarkan Easyphone Untuk Xpax – Pelan Ansuran Untuk Membeli Telefon Pintar

Diterbitkan pada Ogos 29, 2017 oleh .

Celcom sebelum ini sedia menawarkan pelan ansuran untuk membeli telefon pintar bagi para pengguna pelan pascabayar. Hari ini, penawaran sama turut diperluaskan oleh Celcom untuk pelanggan prabayar mereka dibawah Xpax.

Dinamakan sebagai Easyphone for Prepaid, pelan ansuran ini dijayakan oleh Celcom hasil kerjasama dengan AEON Credit Service. Perkhidmatan ini ditawarkan oleh Celcom dalam membolehkan para pengguna dapat menggunakan pelbagai peranti terkini tanpa terbeban dengan kos yang tinggi biasanya terpaksa ditampung ketika ingin membuat pembelian.

Celcom mengatakan sebanyak lebih 30 model peranti ditawarkan dibawah Easyphone for Prepaid, terdiri daripada pelbagai model peranti terkini keluaran Samsung, Huawei, Oppo, Xiaomi dan sebagainya. Daripada beberapa contoh yang diperlihatkan, Celcom mengatakan pengguna Xpax boleh mendapatkan iPhone 7 Plus pada ansuran RM212 sebulan selama 24 bulan, atau Galaxy S8 pada ansuran RM214 sebulan selama 24 bulan.

Xpax Easyphone

Xpax Easyphone

Seperti biasa, pengguna akan tertakluk untuk kontrak selama 24 bulan, dan perlu membayar nilai yang telah ditetapkan dibawah pakej pembelian sesuatu peranti. Celcom turut mengatakan yang mana para pelanggan yang membeli peranti dibawah Easyphone ini akan turut menerima kredit RM30 setiap bulan selama tempoh 24 bulan.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak penawaran ini dan membuat permohonan daripada laman Xpax hari ini.


TIPS & ULASAN