Cari @ Amanz

Seperti yang dijanjikan beberapa minggu yang lalu, pemproses MediaTek Helio P30 dan Helio P23 dilancarkan hari ini. Kedua-dua pemproses kelas pertengahan ini dilengkapi lapan teras dan dihasilkan menerusi teknologi 16nm FinFET. Kelebihan utama Helio P30 dan P23 ialah kemampuan menyokong penggunaan dua SIM LTE secara serentak pada sebuah peranti. Sebelum ini SIM kedua pada peranti dwi-SIM hanya boleh berfungsi pada tetapan 3G/2G sahaja.

 Helio P30 dilengkapi empat teras A53 pada kelajuan 2.6 GHz dan empat teras A53 pada kelajuan 1.65 GHz. Ia menggunakan cip grafik Mali-G71 MP2 pada kelajuan 950 MHz. Sokongan dwi-kamera 16-Megapixel ataupun sebuah kamera 25-Megapixel disertakan. Ia turut menyokong rakaman 4K dengan CODEC HEVC.

Helio P23 pula dilengkapi empat teras A53 pada kelajuan 2.6 GHz dan empat teras A53 pada kelajuan 1.65 GHz. Ia menggunakan cip grafik Mali-G71 MP2 pada kelajuan 770 MHz. Sokongan dwi-kamera 13-Megapixel ataupun sebuah kamera 24-Megapixel disertakan. Tidak seperti P30, P23 hanya menyokong rakaman 4K dengan CODEC H.264.

Kedua-dua pemproses mensasarkan peranti kelas pertengahan premium dan bersaing dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 660 dan 630. Penggunaannya pada peranti dijangka bermula pada suku ke-empat 2017.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd