Peminat Apple majoritinya akan mempunyai lebih dari satu produk keluaran mereka. Pemilik MacBook berkemungkinan memiliki sebuah iPhone dan iPad. Oleh itu Luna Display ialah dongle yang mungkin juga boleh dibeli kerana ia mampu mengubah sebuah iPad menjadi paparan sekunder untuk komputer Mac.
Luna Display disambung ke port USB-C atau DisplayPort pada komputer. Pengguna hanya perlu membuka aplikasi Luna Display pada iPad untuk menjadikannya paparan sekunder. Skrin sekunder ini masih lagi mengekalkan kawalan skrin sesentuh dan sokongan Apple Pencil pada model iPad Pro. Projek Luna Display sedang mengumpul dana menerusi Kickstarter dan boleh dipesan pada harga $59 (~RM 252) sebuah.