Carian
Kerajaan Bakal Melancarkan Aplikasi Nombor Giliran Untuk Klinik Kesihatan – Elak Pesakit Tunggu Lama
August 29, 2017 Aman

Salah satu masalah utama pada hari ini di klinik kesihatan kerajaan adalah dimana terdapat beberapa pesakit yang terpaksa tunggu untuk tempoh lama disebabkan oleh pengurusan nombor giliran. Kini, untuk mengatasinya, kerajaan bakal hadir dengan sebuah aplikasi khusus yang memudahkan orang ramai untuk mendapatkan nombor giliran secara atas-talian.

Melalui aplikasi ini, orang ramai boleh mendapatkan nombor giliran terkini – termasuk mengetahui apakah nombor giliran semasa di sesuatu klinik.

Buat masa ini, aplikasi ini diuji dalam peringkat projek rintis di Klinik Kesihatan Seri Kembangan. Sekiranya semuanya berjalan lancar, kita mungkin akan dapat melihat ia dilaksanakan di seluruh klinik kesihatan lain secara berperingkat.

Komen