Cari @ Amanz

Perkara yang menjengkelkan di atas talian ialah komen menyakitkan hati yang ditinggalkan oleh pemegang akaun awanama. Mereka berani meninggalkan komen yang jelek kerana menyorok di belakang akaun beridentiti palsu. Menurut laporan Financial Times, di China masalah ini tidak akan berlaku kerana kerajaan akan mewajibkan penggunaan identiti sebenar sebelum dibenarkan meninggalkan komen di atas talian.

Menurut kerajaan China ini ialah bagi mengurangkan penyebaran berita palsu, khabar angin, bahasa lucah dan maklumat yang diharamkan. Mereka yang meninggalkan komen seperti di atas akan lebih mudah dijejak di masa hadapan. Undang-undang baru ini tidak mengejutkan kerana China antara negara dengan kebebasan atas talian paling rendah.

Hanya beberapa bulan yang lalu aplikasi VPN diharamkan dari App Store dan aplikasi memantau diwajibkan pada penduduk di Xinjiang atas sebab “menentang keganasan”. Aktivis hak asasi manusia percaya kesemua sekatan ini adalah bagi mengurangkan tentangan terhadap pemerintah. Adakah anda bersetuju sekiranya kerajaan Malaysia melalukan perkara yang sama?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd