Cari @ Amanz

Telah tiba masanya untuk anda memiliki telefon pintar terkini seiring dengan peredaran teknologi. Namun kadangkala perlunya kita untuk melakukan perbelanjaan secara berhemah justeru pilihan bayaran ansuran semestinya memudahkan pemilikan peranti yang canggih.

Tidak banyak syarikat telekomunikasi hadir dengan pelan ansuran khusus untuk pengguna prabayar Dan bagi memudahkan anda memiliki telefon pintar yang canggih dan terkini, Celcom telah menawarkan EasyPhone untuk pengguna pelan prabayar Xpax.

Seperti namanya ‘EasyPhone’, terdapat banyak perkara yang memudahkan anda untuk memiliki peranti terkini. Pengguna tidak perlu melakukan bayaran pendahuluan, malah sekiranya pengguna tidak mempunyai kad kredit, ia tidak menjadi masalah kerana pengguna boleh melakukan bayaran ansuran selama 24 bulan menerusi kerjasama Aeon Credit.

Ini semestinya pilihan yang lebih baik menerusi bayaran ansuran, kerana anda tidak mengeluarkan duit yang banyak pada satu masa, sebaliknya dengan bayaran ansuran anda dapat merancang aliran kewangan dengan lebih berhemah. Lebih dari itu, Celcom EasyPhone Untuk Xpax turut memberikan kredit percuma RM 30 setiap bulan.

Menerusi EasyPhone Untuk Xpax, pengguna boleh memilih lebih dari 30 peranti terkini. Pengguna boleh memilih iPhone 7 Plus, Samsung Galaxy S8, Huawei P10 dan bermacam lagi. Bergantung kepada bajet, pengguna boleh memilih seperti contoh iPhone 7 32GB dengan bayaran RM 184 sebulan, atau Redmi Note 4 dengan bayaran RM 90 sebulan.

Pengguna boleh melakukan proses secara atas talian ini menerusi halaman rasmi mereka dengan mengisi maklumat butiran peribadi serta maklumat pekerjaan dan dokumen tersebut perlu disediakan.

Untuk pekerja syarikat:-

  • Salinan Kad Pengenalan anda (depan dan belakang)
  • Penyata akaun bank
  • Penyata akaun KWSP
  • Slip gaji 1-bulan terkini

Untuk yang bekerja sendiri:-

  • Salinan Kad Pengenalan anda (depan dan belakang)
  • Sijil Pendaftaran Perniagaan
  • Borang B dengan resit bayaran cukai
  • Penyata akaun bank 6 bulan

Jadi apa yang perlu anda tunggu lagi? Permohonan anda akan diproses dalam tempoh 3 hari bekerja dan selepas menerima pengesahan, pengguna perlu hadir ke cawangan BlueCube terdekat.

Penafian: Advertorial dari Celcom

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd