Carian
YouTube Menerima Nafas Baru – Termasuk Kemaskini Logo Baru
August 29, 2017 Aman

Google YouTubeGoogle hari ini menawarkan beberapa kemaskini kepada platform video mereka, YouTube. Perubahan utama yang hadir pada laman YouTube bermula hari ini adalah pengenalan logo baru.

Google mengatakan logo baru ini kini mesra pelbagai saiz skrin, termasuk pada skrin bersaiz kecil. Seperti ramai sedia maklum, ketika YouTube diperkenalkan sekitar 12 tahun lepas, ramai yang menikmati kandungan melalui desktop. Tetapi pada hari ini, ada yang turut menikmati YouTube pada televisyen mahupun pada skrin telefon pintar mereka.

Bersama-sama pengenalan logo baru, Google juga kini memperkenalkan rekaan antaramuka baru untuk halaman desktop YouTube – termasuk pengenalan sokongan tema gelap. Disamping itu, untuk peranti mudah-alih pula, aplikasi YouTube kini turut menyertakan mod paparan video pada saiz skrin penuh untuk video yang dirakamkan secara menegak.

Bagi anda, apa kata anda mengenai perubahan baru ini? Adakah anda menyukainya atau sebaliknya?

Komen